Posts

Showing posts from January, 2021

Puisi - RumahMu

Image
Irinya aku, Dengan dia si Lelaki, Pintu rumah-Mu senantiasa terbuka buat mereka, Mereka bebas ke sana tanpa batasan waktu, Tanpa perlu disekat hadirnya, Tanpa perlu dikhuatiri kecelakaannya, Irinya aku, Sedangkan aku ini hanyalah gadis, Yang gerak-geri ku sentiasa diperhati, Yang laku ku dianggap menarik perhatian, Padahal aku cuma mahu bebas ke sana, Yang damainya aku dambakan, Tenangnya, Indahnya, Amannya, Tak dapat aku ungkapkan, Betapa bahagianya aku, Andai dapatku jejakkan kaki ku di sana, Di Rumah-Mu yang Mulia. - HenkaQowiy - 20 February 2020

AKU ANAK DERHAKA

Image
"Aku perlu diam... Jadi aku tak perlu susahkan ibu dan ayah", Kalau tiada duit pun aku perlu diam, Kalau ibu atau ayah tanya ada duit ke tak untuk makan, cakap saja ada...lagipun untuk makan je, aku boleh je tahan sehari tak makan, nanti kalau ada makanan aku makanlah... Melainkan kalau aku betul2 perlu duit tu, mungkin baru aku akan buka mulut mengemis duit pada ibu atau ayah. Aku perlu ikut apa yang ibu suruh, kalau aku tak mahu mereka bergaduh... Kalau ibu kata apa2 tentang ayah pun, aku patut diam, kerana aku tak mahu ibu disakiti lagi, aku tak mahu ayah sakit hati lagi... Aku dah besar, boleh hidup berdikari, Duit boleh dicari jika aku bekerja, aku takkan lapar kalau aku boleh masak, rumah boleh je terurus kalau aku rajinkan diri. Aku perlu berjimat,  Aku perlu pandai menyimpan, Maafkan aku wahai teman, kalian sering belanja aku, tapi aku rasa aku tak pernah belanja kalian...teringin juga untuk aku belanja kalian walaupun sekali, tapi apakan daya...aku tak ma...