Posts

Rindu

Image
Ya Rabb, Seringkali aku terlupa dan terleka, Bahwa segala nikmat di dunia ini hanyalah sementara :( Ya Rabb, Aku terlalu mengejar dunia, Hinggakan hati ini selalu tidak tenang; Jiwa ini seringkali berada dalam keresahan dan kehampaan, Di manakah aku menemukan ketenangan di dunia ini Ya Rabb? :( Ya Rabb, Aku rindukan diriku yang dahulu :( Diriku yang tidak henti kembali kepadaMu setiap kali bermaksiat kepadaMu :( Ya Rabb, Aku rindukan diriku yang dahulu, Yang bermati-matian mencuba sehabis baik agar Engkau memandang diriku :( Ya Rabb, Ya Rabb…. Ya Rabbbb :((( Bimbing diriku Ya Rabb :(( Ya Rabb… :’ Maafkan aku Ya Rabb… -変化قوي-

Puisi - RumahMu

Image
Irinya aku, Dengan dia si Lelaki, Pintu rumah-Mu senantiasa terbuka buat mereka, Mereka bebas ke sana tanpa batasan waktu, Tanpa perlu disekat hadirnya, Tanpa perlu dikhuatiri kecelakaannya, Irinya aku, Sedangkan aku ini hanyalah gadis, Yang gerak-geri ku sentiasa diperhati, Yang laku ku dianggap menarik perhatian, Padahal aku cuma mahu bebas ke sana, Yang damainya aku dambakan, Tenangnya, Indahnya, Amannya, Tak dapat aku ungkapkan, Betapa bahagianya aku, Andai dapatku jejakkan kaki ku di sana, Di Rumah-Mu yang Mulia. - HenkaQowiy - 20 February 2020

AKU ANAK DERHAKA

Image
"Aku perlu diam... Jadi aku tak perlu susahkan ibu dan ayah", Kalau tiada duit pun aku perlu diam, Kalau ibu atau ayah tanya ada duit ke tak untuk makan, cakap saja ada...lagipun untuk makan je, aku boleh je tahan sehari tak makan, nanti kalau ada makanan aku makanlah... Melainkan kalau aku betul2 perlu duit tu, mungkin baru aku akan buka mulut mengemis duit pada ibu atau ayah. Aku perlu ikut apa yang ibu suruh, kalau aku tak mahu mereka bergaduh... Kalau ibu kata apa2 tentang ayah pun, aku patut diam, kerana aku tak mahu ibu disakiti lagi, aku tak mahu ayah sakit hati lagi... Aku dah besar, boleh hidup berdikari, Duit boleh dicari jika aku bekerja, aku takkan lapar kalau aku boleh masak, rumah boleh je terurus kalau aku rajinkan diri. Aku perlu berjimat,  Aku perlu pandai menyimpan, Maafkan aku wahai teman, kalian sering belanja aku, tapi aku rasa aku tak pernah belanja kalian...teringin juga untuk aku belanja kalian walaupun sekali, tapi apakan daya...aku tak ma...

変化قوي

Image
Ku akui, Hakikatnya diriku ini lebih hina, Mungkin dimatamu ku terlihat baik dan sempurna, Bahkan tidak kau ketahui, Andai dosa-dosa ku ini punyai aromanya, Nescaya diriku tidak akan kau dekati, Ku bukan Insan sempurna, Aku seorang Pendosa , Yang mendambakan keampunan dari-Mu, Namun ku seringkali terjatuh kembali, Di dalam dosa yang sama, Andaikata ini yang terakhir, Maaf... Mungkin daku ini bukanlah sesiapa, Ya, sememangnya bukan sesiapa, Hanya seorang pendosa, "Apa guna wajah kau berniqab sekiranya hati kau tidak kau niqabkan?" Terkadang diriku malu denganMu, Hampir setiap saat terdetik di hati, Untuk ku sembunyikan diri, Jauhkan diri daripada semua manusia, Barangkali aku penyebab bagi mereka yang lalai, Bukanlah niatku mempamerkan keindahan, Kerna hakikatnya aku ini perhiasan dunia, Ditambah dengan warna-warni dunia, " Cantiknya, namun bagaimana jika ia menyebabkan fitnah?" Langsung ku tutupi diri ini dengan kegelapan, Agar tiada lagi mata yang memerhati, Hakik...

DIAM

Image
Biar gambar berbicara - HenkaQowiy

Pen ‎dan ‎Kertas

Image
Perasaan?  Bagaimana harus aku luahkan? Adakah dengan berbicara? Atau Perbuatan? Oh aku tahu ! Mungkin hari ini aku akan mulai bersahabat dengan pen dan kertas :) -HenkaQowiy

Hakikat ‎Sebenar ‎Diri

Image
Hakikatnya aku ini seorang yang penakut. Aku takut untuk berhadapan dengan dunia ni. Banyak lagi perkara yang aku tak tahu. Bagaimana keadaan dunia luar, cara bersosial dan bagaimana sikap mereka di dunia luar? Kejutan budaya? Nampaknya aku seperti tak dapat melarikan diri darinya. Mungkin akan berlaku perubahan. Sedikit atau banyak ia pasti merubah diriku. Dengan cara sosial ku, pergaulan, bahasa, adab, dan ilmu. Aku tak tahu kenapa aku rasa begini pada malam ini(aku menulis pada waktu malam). Mungkin kerana apa yang dikatakan kawan-kawan atas talian ku. Bagi aku, pengetahuan yang aku ada dengan yang mereka ada sangat jauh beza. Bagaimana aku tidak sedih? Mungkin juga aku iri melihat ilmu mereka yang lebih daripada aku. Membuatkan aku rasa terlalu banyak perkara yang aku kurang. Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku mula menjadi pasif. Perasaan bercampur-baur mula menghantui diri. "Apa yang aku patut buat dulu selepas ini?" Aku berasa sedih dengan diri aku yang aga...