Hakikat ‎Sebenar ‎Diri



Hakikatnya aku ini seorang yang penakut. Aku takut untuk berhadapan dengan dunia ni. Banyak lagi perkara yang aku tak tahu. Bagaimana keadaan dunia luar, cara bersosial dan bagaimana sikap mereka di dunia luar? Kejutan budaya? Nampaknya aku seperti tak dapat melarikan diri darinya. Mungkin akan berlaku perubahan. Sedikit atau banyak ia pasti merubah diriku. Dengan cara sosial ku, pergaulan, bahasa, adab, dan ilmu. Aku tak tahu kenapa aku rasa begini pada malam ini(aku menulis pada waktu malam). Mungkin kerana apa yang dikatakan kawan-kawan atas talian ku. Bagi aku, pengetahuan yang aku ada dengan yang mereka ada sangat jauh beza. Bagaimana aku tidak sedih? Mungkin juga aku iri melihat ilmu mereka yang lebih daripada aku. Membuatkan aku rasa terlalu banyak perkara yang aku kurang. Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku mula menjadi pasif. Perasaan bercampur-baur mula menghantui diri. "Apa yang aku patut buat dulu selepas ini?" Aku berasa sedih dengan diri aku yang agak tidak terurus. Aku rasa seperti mahu mengakhiri hidup ini secepat mungkin. Namun aku tidak mampu, walhal dosa ku yang masih menimbun dan amalku yang tersangatlah kurang.

Wahai dunia, apa yang telah berlaku kepada engkau? Seakan-akan aku tidak tahu. Sedangkan aku sedang hidup di dalam engkau. Berdosakah aku jika aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu? Bukan kerana aku rasa ia tidak penting, namun kerana setiap kali aku memikirkan tentang engkau, membuatkan hati dan fikiranku bertambah gelisah. Maafkan aku wahai dunia.

Memandangkan aku akan sambung belajar tidak lama lagi, Aku jadi terlebih risau. Mana tidaknya? Aku dapat sambung belajar di Kolej Matrikulasi negeriku. Aku ada mohon 2 program, Program Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT). Sebenarnya aku mahukan PDT. Mungkin kerana aku rasa aku tidak layak untuk dapat PST dan aku takut dengan tekanan yang bakal aku alami semasa PST. Namun, nasib tidak menyebelahi diriku. Aku dapat PST juga. Bukan kerana aku mahu tetap tinggal di zon selesa dan sebenarnya aku tak rasa pun bahawa aku sedang berada di zon selesa :"). Tapi aku masih risau.


Beberapa hari yang lalu aku dan seorang sahabat ku telah terserempak dengan seorang bekas guru matematik di sekolah kami. Namanya Cikgu Jamal. Kami menegur beliau terlebih dahulu kerana aku rasa lebih baik begitu? Seperti biasa setiap guru yang kami jumpa pasti akan bertanya tentang khabar tempat kami akan sambung belajar. Aku dan kawan aku mula membuka cerita. Kawan aku dapat PDT dan aku dapat PST. Padahal aku rasa keputusan SPM kami tidaklah jauh beza. Cikgu Jamal menasihati kami tentang persediaan yang perlu kami lakukan. Berapa pointer yang patut kami dapat? Cara belajar di sana? Beliau juga menekankan aku agar belajar dengan bersungguh-sungguh di sana nanti. "Takde masa nak buang masa lagi tau kat sana". Cikgu menunjukkan jari telunjuknya pada aku dan berkata "Disebabkan awak ambil PST, awak perlu usaha betul2. At least cuba dapatkan pointer lebih 3.0. Bukan apa, cikgu risau lah sebab awak kan ambil setahun aje." Ya, aku juga risau. Kerana aku tak yakin dengan gred yang aku dapat semasa SPM. Sudah berbulan aku tinggalkan pelajaran sejak habis sekolah. Bukan aku tinggalkan sepenuhnya, ada juga lah aku selak dan study buku-buku tingkatan 4 dan 5  sikit-sikit.

Huhu maafkanlah aku andai engkau yang membaca penulisan aku ini tiba-tiba sahaja rasa resah juga. Bagi yang bakal menduduki SPM, aku minta tolong sangat buatlah yang terbaik nanti. Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adik yang bakal menduduki SPM pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, doakanlah aku juga :') Doakan aku agar sentiasa diberi ketabahan, kekuatan untuk menghadapi dugaan yang bakal mendatang. Doakan juga supaya aku sentiasa dahagakan ilmu. Manalah tahu kan antara banyak-banyak doa ada yang termakbul? 

Mungkin antara kalian ada yang mengenali aku, dan mungkin juga ada yang tertanya-tanya siapakah aku? Identiti aku tidaklah begitu penting untuk didedahkan. Aku bukanlah orang ternama yang dikenali. Aku hanyalah seorang insan biasa yang hanya melakukan perkara biasa-biasa. Tiada yang lebih pun pada diriku. Anggap sahajalah aku ini seorang Hamba Allah yang sentiasa terdapat kegelisahan dihatinya. Aku sedang cuba untuk bermujahadah. Bermujahadah melawan nafsu diriku. Meskipun perit menghadapi pelbagai dugaan.

"Mujahadah itu pahit, kerana Syurga itu manis"


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca penulisan aku yang tidak seberapa ini.
Sekian daripada aku,
-HenkaQowiy

Comments

Popular posts from this blog

変化قوي

AKU ANAK DERHAKA

Cinta Dia