Kawan

Pada aku,
Dengan siapa kita berkawan, ia akan mencerminkan diri kita sendiri...

Kenapa aku kata begini?
Sebab aku ada berkawan dengan seseorang ni(tak perlulah beritahu siapa hehe :) ), pada aku dia ni seorang yang dahagakan ilmu, tak kesah lah sama ada ilmu tu ilmu lama ataupun ilmu baru...
Kawan aku juga merupakan seorang penulis di blognya, banyak juga entri menarik yang dia pernah post.

Mungkin disebabkan aku berkawan dengan dia ni, serba sedikit aku mula minat dalam menulis, tak kiralah puisi ataupun apa sekalipun...
Setiap kali aku rasa seperti ada perkara yang patut aku tulis, pasti aku akan membuka notes di telefon pintar aku dan jari aku pantas menaip nya.

Dahulu, ya ' dahulu ',
Aku akui yang sebenarnya diri aku sangat suka membaca, tapi ironinya setelah beberapa tahun minat aku dalam membaca semakin pudar :(
Aku mula perasan perkara ni setelah aku menamatkan zaman sekolah menengah ku.
Kebiasaannya, setiap kali aku beli atau pinjam beberapa buah buku pasti dalam beberapa jam sahaja aku berjaya habiskan...
Namun pada saat ini, walau sebuah buku pun aku tidak mampu habiskan dalam tempoh sehari, "nantilah.." "esok lah..." Bermacam-macam alasan yang aku beri !


Tapi Alhamdulillah...
Perlahan-lahan aku kembali berubah menjadi diri aku yang dahulu...
Kini aku dapat menghabiskan pembacaan buku yang sejak minggu lalu aku tangguh untuk membacanya :')

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada kawan aku yang secara tidak sengaja menjadi inspirasi buat aku untuk terus semangat bagi menimba dan berkongsi ilmu!

In Shaa Allah pada masa yang akan datang aku akan cuba untuk berkongsi serba-sedikit perkara yang aku pelajari.

Arus disekat pantai berbatu,
Pantai barat dilanda gelora;
Moga selamat bahagia hidupmu,
Penuh berkat Allah Taala.

Kesimpulannya, kalau kita nak tahu sikap seseorang itu, lihat dengan siapa dia berkawan, jika kawannya suka membaca maka dia pun akan suka membaca, jika kawannya seorang yang suka membuli maka dia pun mungkin suka membuli.

Tapi mungkin tidak juga, seseorang itu sepatutnya tahu memilih dengan siapa dia patut berkawan...
Mungkin kita kurang pada sesuatu perkara tapi pada masa yang sama kawan kita lebih pada perkara itu, dan mungkin kawan kita pula kurang pada sesuatu perkara dan kita pula lebih pada sesuatu perkara itu.

Demikianlah, hidup kita perlulah saling melengkapi antara satu sama lain :)

-HenkaQowiy

Comments

Popular posts from this blog

変化قوي

AKU ANAK DERHAKA

Cinta Dia