Masalah Meluahkan Perasaan?
Pernah tak kau terfikir nak cakap sesuatu pada
kawan atau pun family kau tapi terhenti untuk berkata-kata kerana malu atau pun takut dengan kritikan ? Sedangkan kawan atau family kau tu betul-betul ada di depan mata untuk kau luahkan segala yang terpendam di lubuk hati.
Percayalah aku juga mengalami situasi yang sama. Hal ini bukan sekali, malah berkali-kali berlaku setiap kali memikirkan apa reaksi yang akan di beri setelah bercerita perkara yang ingin aku ceritakan. Kadang tu aku akan berfikir dua tiga kali sebelum memberitahu sesuatu perkara, apabila sudah yakin aku terus pergi pada kawan aku ataupun menaip nya di mesej. Entah apa yang merasuki ku, boleh pula aku tukar topik dan padam semua mesej yang telah aku taip.

Mungkin kerana diri aku ini kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara dan mungkin juga aku ni jenis yang suka over thinking. Sedangkan kawan-kawan aku bukanlah jenis yang suka melabelkan orang dan mereka kebiasaannya akan bersetuju dan menyokong aku dalam apapun perkara yang aku lakukan(perkara yang baik-baik saja). Barangkali juga kerana aku takut dikecewakan dengan jawapan dari mereka? :/
Tapi kadangkala, aku berjaya mengatasinya dengan tidak memikirkan apa yang akan dikatakan mereka dan cuba untuk menjadi lebih positif. Salah satu cara lain yang aku pernah cuba adalah setelah aku menghantar sesuatu mesej kepada kawan ataupun family, aku akan terus mematikan telefon kerana sekiranya mereka membalas mesej tersebut, aku tidak mahu terus membacanya ><
Jadi, bagaimana pula korang mengatasi masalah ini? Kerana sejujurnya sehingga kini aku masih dihantui dengan masalah dalam meluahkan perkara yang terbuku di hati.
Namun begitu, jika masih tidak tahu bagaimana mahu meluahkan segalanya, luahkan lah kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar. Jika tidak tahu cara berbicara, cukup menyatakan kegundahan, kesedihan dan kegembiraan di hati pun sudah memadai kerana Allah juga Maha Mendengar Segala Isi Hati(67:13).
-HenkaQowiy
Kita mempunyai banyak persamaan🥲...
ReplyDeleteDan antara sebab utama aku tidak ingin meluahkan kerana aku tak nak menjadi beban... biarlah masalah aku aku yg selesaikan sendiri tanpa menyisahkan orang lain....
Tapi demi Allah aku tak mampu...hanya Allah yang maha mengetahui... betapa sakitnya ia ..Allah