Ku akui, Hakikatnya diriku ini lebih hina, Mungkin dimatamu ku terlihat baik dan sempurna, Bahkan tidak kau ketahui, Andai dosa-dosa ku ini punyai aromanya, Nescaya diriku tidak akan kau dekati, Ku bukan Insan sempurna, Aku seorang Pendosa , Yang mendambakan keampunan dari-Mu, Namun ku seringkali terjatuh kembali, Di dalam dosa yang sama, Andaikata ini yang terakhir, Maaf... Mungkin daku ini bukanlah sesiapa, Ya, sememangnya bukan sesiapa, Hanya seorang pendosa, "Apa guna wajah kau berniqab sekiranya hati kau tidak kau niqabkan?" Terkadang diriku malu denganMu, Hampir setiap saat terdetik di hati, Untuk ku sembunyikan diri, Jauhkan diri daripada semua manusia, Barangkali aku penyebab bagi mereka yang lalai, Bukanlah niatku mempamerkan keindahan, Kerna hakikatnya aku ini perhiasan dunia, Ditambah dengan warna-warni dunia, " Cantiknya, namun bagaimana jika ia menyebabkan fitnah?" Langsung ku tutupi diri ini dengan kegelapan, Agar tiada lagi mata yang memerhati, Hakik...
"Aku perlu diam... Jadi aku tak perlu susahkan ibu dan ayah", Kalau tiada duit pun aku perlu diam, Kalau ibu atau ayah tanya ada duit ke tak untuk makan, cakap saja ada...lagipun untuk makan je, aku boleh je tahan sehari tak makan, nanti kalau ada makanan aku makanlah... Melainkan kalau aku betul2 perlu duit tu, mungkin baru aku akan buka mulut mengemis duit pada ibu atau ayah. Aku perlu ikut apa yang ibu suruh, kalau aku tak mahu mereka bergaduh... Kalau ibu kata apa2 tentang ayah pun, aku patut diam, kerana aku tak mahu ibu disakiti lagi, aku tak mahu ayah sakit hati lagi... Aku dah besar, boleh hidup berdikari, Duit boleh dicari jika aku bekerja, aku takkan lapar kalau aku boleh masak, rumah boleh je terurus kalau aku rajinkan diri. Aku perlu berjimat, Aku perlu pandai menyimpan, Maafkan aku wahai teman, kalian sering belanja aku, tapi aku rasa aku tak pernah belanja kalian...teringin juga untuk aku belanja kalian walaupun sekali, tapi apakan daya...aku tak ma...
Mataku terhenti di suatu ayat... "Barang siapa yang melapangkan hatinya untuk dicintai Allah, maka akan dilapangkan hati-hati manusia untuk mencintainya.." Sungguh... Bukanlah niatku agar manusia mencintaiku, Aku hanyalah seorang manusia yang berdosa...hari-hari ku penuhi dengan angan-angan, "Alangkah indahnya jika aku ini dicintai Ilahi seperti mana Dia mencintai para waliNya.." Hatiku gundah... "Bukan!! Bukan ini yang aku mahu!! Tolong!! Sedarkan dirimu wahai aku!!! Jangan lakukan itu!!! Itu salah!!!!..." Apakah layak daku ini dicintai sedangkan yang sepatutnya dicintai aku tinggalkan...? Mengapa aku begini...? Angan-angan yang aku kata aku mahu lakukan itu, adakah ia hanya omong-omong kosong semata? -HenkaQowiy
Comments
Post a Comment