AKU MAHU JADI HAFIZAH AL QURAN
Waktu Menghafal : selepas subuh dan waktu maghrib
Waktu mengulang : Selepas asar atau selepas isyak
Target Hafalan : Satu hari, satu mukasurat/paling sikit setengah mukasurat
Tips
1. Jaga pemakanan - kurangkan makanan ringan/maggi(nak makan boleh, sebulan sekali)
2. Makan makanan kalium tinggi - kismis, kurma
3. Perlu rajin
4. Teknik menghafal - tengok maksud ayat, ulang banyak kali, kene ada target.

Firman Allah :
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”. [al-Qamar:17]
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW:
إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ
Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih]
Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا
Maksudnya: “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”.[Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950] al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sanad hadith ini hasan. [Lihat: al-Mathalib al-‘Aliyah, 14/324]
Ya Allah, kau mahkotakan lah di kepala kedua ibubapa ku perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Ampunilah mereka dan masukkan lah mereka ke dalam syurga dengan asbab diriku mempelajari Al-Quran.
Aamiin...
-HenkaQowiy
Comments
Post a Comment