MATI ITU PASTI
HAHAHAHAHAA

I'm sick of this....
Sikit-sikit nak cinta-cintun bagai....
Padahal masih student, masih dalam tanggungan ibubapa/penjaga, tak faham lah aku :(((
"Aku bila lagi Ya Allah?"(contoh ayat lain)
Aku dah lama muak bila dengar ayat-ayat macam ni, bukan main minta kat Allah nak jodoh baik-baik,
Tapi diri sendiri tu, tak mahu baiki pula :(

Tahu tak, memang lah Jodoh tu rahsia Allah,
Tapi bukan hanya Jodoh je! Kematian tu pun rahsia juga. Kita takkan tahu bila dan di mana kita akan mati. Namun masih lagi memikirkan cinta manusia? Adakah amal kita sudah cukup bnyak sehinggakan kita melupakan bahawa kita sememangnya akan mati??(emo jap)
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
Di dunia ni, Jodoh belum tentu pasti tapi Mati itu pasti. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mengingati mati seperti mana dalam hadits Baginda SAW ;
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)
Apapun, bukan niat aku mahu lukakan hati sesiapa, tapi "Kadang-kadang, ummah hari ini perlu diberi sentapan agar mereka yang lalai dibuai mimpi, kembali bangkit menjadi singa!"-TS1
Bagi aku, tiada salah pun mencari cinta manusia, tapi ada cara dan adabnya yang tersendiri...

TBH kalau aku nak huraikan pun memang panjang. Dengan bab Ikhtilat lagi...
Walaubagaimanapun aku sedar, aku ni sebenarnya bukanlah sesiapa...hanya seorang Manusia biasa yang tak lari daripada melakukan dosa :) Pada aku, ini lebih baik daripada aku tak tegur langsung...
"Kau kawan aku! Kenapa kau tak tegur aku di dunia dahulu??? Sekarang mai(jom) ikot aku masuk neraka!"
Aku harap aku tak perlulah dengar ayat ini di sana nanti :')
Aku sayang kamu kerana Allah

-HenkaQowiy
Comments
Post a Comment