AKU ANAK DERHAKA
"Aku perlu diam...
Jadi aku tak perlu susahkan ibu dan ayah",
Kalau tiada duit pun aku perlu diam,
Kalau ibu atau ayah tanya ada duit ke tak untuk makan, cakap saja ada...lagipun untuk makan je, aku boleh je tahan sehari tak makan, nanti kalau ada makanan aku makanlah...
Melainkan kalau aku betul2 perlu duit tu, mungkin baru aku akan buka mulut mengemis duit pada ibu atau ayah.
Aku perlu ikut apa yang ibu suruh, kalau aku tak mahu mereka bergaduh...
Kalau ibu kata apa2 tentang ayah pun, aku patut diam, kerana aku tak mahu ibu disakiti lagi, aku tak mahu ayah sakit hati lagi...
Aku dah besar, boleh hidup berdikari,
Duit boleh dicari jika aku bekerja, aku takkan lapar kalau aku boleh masak, rumah boleh je terurus kalau aku rajinkan diri.
Aku perlu berjimat,
Aku perlu pandai menyimpan,
Maafkan aku wahai teman, kalian sering belanja aku, tapi aku rasa aku tak pernah belanja kalian...teringin juga untuk aku belanja kalian walaupun sekali, tapi apakan daya...aku tak mampu. Aku tak mampu lagi menjawab persoalan ayah sekiranya ditanya ke mana duit itu pergi.
Aku takut untuk menggunakan duit itu untuk kepentingan diri, barangkali ibu dan ayah ku lebih memerlukannya dikala mereka sesak....
Aku tak kisah pun kalau ibu atau ayah mahu guna duit itu, aku juga halalkan sekiranya mereka tak dapat pulangkan duit itu...
Duit aku, duit mereka juga
Catatan : 3 July 2020, 8.46PM
- Henkaqowiy
Demi Allah...aku juga pernah terfikir yang mana mengapa aku diciptakan oleh-Nya berjantina lelaki?Lelaki perlu banyak commitment ,menyelesaikan masalah, usaha lebih gigih kerana akan menjadi pemimpin bukan sahaja keluarganya malah ketua dalam pelbagai aspek ...sedangkan diri aku ini penuh dengan kelemahan dan aku sedar yang diri aku sejak dari kecil sehinggalah sekarang semuanya Allah bantu dengan menghadirkan manusia lain untuk membantuku...amatlah sedikit dan dpt dikira perkara yg aku boleh lakukan sendiri dan berdikari...langsung tiada ciri2 seorang pemimpin. Aku mengeluh.. Astaghfirullah...
ReplyDeleteAlangkah betapa ajaib, tidak beberapa lama pun ...sekejap shj masa berlalu selepas aku terdetik perkara itu...Aku terus sedar banyak kesusahan yg dilalui oleh kaum hawa yg kaum adam bertigas untuk melindungi mereka selama ini...selama ini melihat kuatnya sang ibu dari setiap keluarga,makcik2,guru2 hatta semua muslimah di muka bumi ini di mata aku adalah semata kerana mereka lebih gigih dan usaha keras lebih dari apa yang kami sang adam sangkakan..
Wanita ditakdirkan mempunyai fizikal yg sedikit lemah dibandingkan dengan lelaki...mereka melalui satu proses yang mana sakit penyakit mereka itu takkan pernah dirasai oleh para lelaki...mereka akan melahirkan anak...mereka mempunyai akal dan mental yg sedikit sukar untuk dikawal berbanding lelaki...sebab itu perempuan perlukan ramai kawan untuk saling tolong menolong dan mengawasi kerana mereka midah untuk diapa-apakan oleh org jahat yg tidak waras diluar sana...wanita adalah perhiasan..dan midah membawa fitnah ke mana mereka pergi dan selepas kahwin pun suami isteri pun perlu saling bekerjasama untuk menatijahkan sebuah kebahagiaan bukan sahaja fizikal dan pemikiran malah semua aspek kehidupan semuanya nk dibandingkan lelaki yg boleh dikatakan lebih normal dan biasa untuk bersendirian...
Baru nk masuk isi...tadi tu semua Muqaddimah π€£...
Benar,Antara perkara yang aku bersyukur menjadi seorang lelaki adalah antara salah satunya bebas peegi ke masjid ...Allah...
Ketika hati kau sedang gindah gulana mendengar seruan tuhan dan terus bergegas untuk berjemaah menyembah Nya... wallahi ... antara nikmat yg plg tggi dlm hidup ku..
Antara salah satu cara aku menenangkan diri dari semua kesedihan ,kecelaruan ,kepenatan dengan hal dunia kerisauan wa ima rasa kesal dengan maksiat dan dosa... semuanya hilang dlm sekelip mata... ajaibnya rumah Allah...setiap langkah menuju ke sana jika berjalan kaki dengan anggota badan wudu' yg sudah dibasahi dengar air merasa wallahi segar bugar ketika tapak kaki selangkah demi selangkah menuju tanpa sedar sudah smpi terasa bagaikan tubuh ini terasa ringan...
Bukankah setiap satu langkah ke masjid, Allah akan ampunkan dosanya dan Allah angkat satu darjat untuknya?π
ditambahkan lagi ketiga duduk dalam taman syurga yg tenang yang mana majlis ilmu atau kuliah yg diseliakan masjid....wallahi yerasa nikmatNya...sehinggakan tenang nya keadaan, aku punya masalah sukar untuk tidur pada hari itu...boleh rasa ingin tidur kerana hilangnya suara overthinking yg menghantui dlm minda...dan sudah tentu banyak ilmu yg tidak pernah tahu mulai tahu dan lebih memahami dan dirungkaikan oleh para alim ulama' dan asatizah yg dijemput...adapun yg sudah ketahui menjadi zikir kepada kita supaya lebih mengingati ilmu itu
Tak dpt disangkal...sejauh mana pun aku menundukkan pandanganku ketika berjalan menuju rumahNya ... Wallahi aku gembira jika jemaah wanita tidak menampakkan diri mereka hatta kalau mereka tidak dtg ke masjid aku lebih memilih itu...
ReplyDeleteAku tidak bermaksud untuk melarang kaum hawa untuk pergi ke masjid...ramai sahaja isteri jemaah lain dan makcik2 qaryah yg dtg kerana ingin menimba ilmu dlm majlis ilmu dan solat berjemaah bersama-sama...
Tetapi jika kaum hawa yg anak dara ini...dh la pergi masjid pki telekung dia atas...pki seluar track dibawah dengan tidak pki sarung kaki dan sebagainya Allahu...hati ni langsung tak teringin nk melihat walaupun sesaat pun ...tapi apabila ingin melihat jalan yg inin dituju dan ketika itu tanpa sengaja sedetik mata aku yg kotor ini terlihat kelibat wanita walaupun wallahi tak nmpk apa2 hanya tahu "oh itu perempuan" sahaja...hati aku terus berubah...betapa wanita fitnah kepada kami kaum adam ...
Aku perlu berkali2 tajdid semula niat aku supaya tidak timbul rasa riak dlm hati ini yg mana aku berfikir mereka akan kagum kerana melihat pemuda pergi ke masjid sedangkan sungguh jarang pemuda zaman sekarang untuk solat berjemaah di masjid...
Aku beristighfar dan kadang terasa ingin menampar muka aku sendiri ...tak mahu amalan aku yg aku tujukan sememangnya untuk Allah ini menjadi debu yg beterbangan sahaja dihadapan Allah nntiπ
Jijiknya aku ya Allah..
Wah bagus lah tak reveal e-mail kita bila letak komen ...cuak aku ..penat aku tukar nama google semata2 nak komen di sini ..hahah...bagus2 Alhamdulillah...
ReplyDeleteKenal tak kenal itu biarlah ianya jafi satu rahsia...kan?... walaupun saya kenal adminπ
Masya-Allah siapa penulis ni ya? QwQ
DeleteAllahu salah komen .. patutnya ni komen kat post "Puisi rumahMu"πππππ alahh tak boleh delete pulak tu
ReplyDeleteMasya-Allahh hahahah
Delete