Masalah Meluahkan Perasaan?

 Pernah tak kau terfikir nak cakap sesuatu pada kawan atau pun family kau tapi terhenti untuk berkata-kata kerana malu atau pun takut dengan kritikan ? Sedangkan kawan atau family kau tu betul-betul ada di depan mata untuk kau luahkan segala yang terpendam di lubuk hati. Percayalah aku juga mengalami situasi yang sama. Hal ini bukan sekali, malah berkali-kali berlaku setiap kali memikirkan apa reaksi yang akan di beri setelah bercerita perkara yang ingin aku ceritakan. Kadang tu aku akan berfikir dua tiga kali sebelum memberitahu sesuatu perkara, apabila sudah yakin aku terus pergi pada kawan aku ataupun menaip nya di mesej. Entah apa yang merasuki ku , boleh pula aku tukar topik dan padam semua mesej yang telah aku taip.  Mungkin kerana diri aku ini kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara dan mungkin juga aku ni jenis yang suka over thinking . Sedangkan kawan-kawan aku bukanlah jenis yang suka melabelkan orang dan mereka kebiasaannya aka...