Apa? Ku dengar kau mahu cinta? Persoalan ku, cinta yang bagaimana? Cinta yang halal atau yang haram? Andai kau tahu itu haram, Usahlah kau dekati...kau tahu padahnya. Cinta halal itu sentiasa ada, Cinta kepada Allah, RasulNya dan, Cinta kepada kedua ibubapamu, Meskipun mereka sudahpun tiada, Tiada salah pun kau hadiahkan Al-Fatihah buat mereka bukan? Buat mereka yang sedih, Kerna cinta yang tidak berbalas, Ku mahu kau tahu, Bahawa cinta Ilahi itu, Seringkali tiada yang membalasnya, Malah ada yang sanggup meninggalkanNya, Demi manusia barangkali? Maksudku di sini, Raih lah cintaNya dahulu, Jika kau ingin dicintai makhluknya. -HenkaQowiy